KGR Workshop

KGR telah lama berkhidmat untuk komuniti kita—lapan tahun dan Alhamdulillah masih terus tersedia! Dengan pengalaman dan kemahiran yang hebat KGR kini memperkenalkan KGR Workshop.

KGR Workshop ini peluang terbaik untuk sesiapa yang nak maju dalam dunia barbering. Tak kisah lah korang dah berpengalaman atau baru nak mula, bengkel ini akan ajar perkara-perkara penting—dari teknik potong rambut, gaya terkini, sampai cara layan customer dengan betul. Pendek kata, semua yang korang perlukan untuk berjaya.

Tapi ini bukan tentang belajar asas je tau. Ini tentang peka trend dan jadi antara yang terbaik dalam bidang ni. Bila korang join, bukan je korang improve skill sendiri, tapi korang jugak bantu industri barbering kita berkembang.

KGR Workshop ni tempat untuk belajar, berkongsi ilmu, dan bina karier sama-sama. Lebih daripada training—ia komuniti yang bekerjasama untuk buat impak yang besar.

Semoga maju jaya geng!

PENGAJAR

Barber Muhaimin - Kelas Barbering Tahap Asas
Saya mempunyai pengalaman selama 3 tahun dalam industri. Kini, mengajar pelajar kelas asas di KGR Workshop.

Barber Herry - Kelas Barber Tahap Pertengahan
Minat saya dalam mempelajari teknik potongan yang rambut telah mendorong saya untuk menjadi pengajar setelah puluhan tahun dalam industri.

 

Barber Ikhwan - Kelas Barbering Tahap Mahir / Jurulatih Persendirian
MInat yang mendalam terhadap skil barbering yang ada di sekeliling saya membuatkan saya obses untuk mencari cara kerja yang sentiasa memudahkan.