Skip to product information
KGR Kelas Barbering Asas

KGR Kelas Barbering Asas

RM349.00 MYR

Terma & Syarat

  1. Pembayaran yuran kursus hendaklah dibuat paling lewat 1 hari sebelum tarikh kursus iaitu sebelum jam 3 petang.
  2. Pendaftaran tanpa bayaran yang diterima sebelum tempoh tersebut akan dibatalkan secara automatik.
  3. Pihak syarikat berhak membatalkan/menunda kursus dengan notis terlebih dahulu beserta bayaran balik penuh kepada peserta.
  4. Walaupun ini adalah kejadian yang jarang berlaku, sesetengah kursus yang kami tawarkan memerlukan kehadiran minima untuk ia diteruskan, tenaga pengajar kami mungkin tidak sihat atau mengalami kecemasan yang tidak memungkinkan untuk menjalankan kursus dan juga atas faktor lain yang di luar kawalan kami.
  5. Pihak syarikat juga tidak bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami oleh peserta dari segi logistik (tempahan hotel, tiket kapal terbang dsb).
  6. Polisi Bayaran Balik (Refund Policy).
  • Sekiranya pembayaran telah dibuat dan peserta ingin membatalkan pendaftaran dan meminta bayaran balik, permohonan bayaran balik tersebut hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh kursus yang didaftarkan dan hanya 90% sahaja bayaran akan dipulangkan.
  • Sekiranya permohonan bayaran balik dibuat selepas 3 hari sebelum tarikh kursus didaftarkan, maka tiada pembayaran balik diberikan, hanya penukaran tarikh kursus dibenarkan. Hanya satu kali sahaja penukaran tarikh diberikan.
    NOTA: Pembayaran balik akan dilakukan dalam tempoh 30 hari dari permohonan dilakukan.

    Perubahan kepada Terma & Syarat.

    Pihak KGR Service Solutions Sdn Bhd berhak untuk meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa yang dianggap relevan kepada situasi syarikat tanpa perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak.